الأربعاء، 2 ديسمبر 2009

مقال البليغ فى الرد على الأخ نظرول نصير

الرجاء من حضراتكم قبول اعتذاري لعدم كتابة مقالتى هذه المرة باللغة العربية لامر يهمنى ويهم الاخرين. قصدي من وراءها تصحيح الاراء وتسديد النظر وتصويب الاخطاء حتى لا يغتر الزوار و المتصافحون بما قراءه فى مدونة لأخ نظرول نصير عن رأيه فى الدكتور عصري زين العابدين.

http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/11/isu-baiah-talak-tiga-dr-asri.html#comments

Sekali lagi saya terpanggil untuk membuat komen terhadap penulisan Saudara Nazrul di dalam blognya tentang penagkapan Dr. Asri tempoh hari…bukan nak berbincang permasalahan fahaman apa yang di bawa oleh Dr. Asri tapi untuk menegur sikit sifat ketaasuban Saudara Nazrul dalam penulisanya.

Apa yang menarik perhatian saya apabila dia mengatakan Dr.Asri memang terkenal dengan kontrovesi murahan!!! Tetapi sewaktu Dr Tantawi mengeluarkan kenyataan tentang niqab, dia menyalahkan media massa tempatan yang tidak faham apa yang Dr. Tantawi cakap!! Dan apabila kontrovesi talak tiga di bocorkan oleh YB Pas dia kata masalah furu' yang tidak perlu jadi isu!!Aneh sekali saudar Nazrul ini. Mungkin Dr Asri bukan orang Pas..bukan dari golongan pejuang-pejunag yang memperjuangkan Islam..dan bukan ahli PMRM…yang memperjuangkan Islam di Malaysia hanya Pas..jadi buatlah ape aje kontrovesi tidak mengapa janji untuk Islam..orang bukan Pas jika menyatakan sesuatu perkara dianggap kontrovesi..Jelik sekali ketaasuban saudara Nazrul ini, Selama mengenali Dr. Asri melalui media masa tidak ada apa kontrovesi pun yang di canang oleh Dr. Asri. Beliau Cuma mengutarakan pendapat untuk membawa sedikit perubahan. Perubahan yang membawa kepada kebaikan..dan apa yang selalu di cakap ialah masalah-masalah yang perlu kepada perubahan…saya rasa itu satu pendekatan yang bagus untuk menjana minda…dari apa yang di utarakan orang akan berfikir..dan tidak semestinya kita menerima bulat2 apa yang diperkatakan….hendakkah kita menjadi seperti kaum Nabi Ibrahim yang mengatakan kami menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah ketika Nabi Ibrahin bertanya kepada kaumnya patung apa yang kamu sembah ini?!!Jika kita bertanya kepada orang-orang yang mengamalkan bacaan Yaasin pad setipa malam Jumaat, bacaan berzanzi, menghidupkan malam Nisfu Syaban dan bertahlil 7hari, 40 hari dan seratus hari dari mana mereka mendapat amalan ini mereka akan jawab kami dapat dari orang dulu-dulu!!ini amalan datuk nenek moyang kami!!mereka beramal tanpa tahu asal usul..tanpa tahu nas dan dalil. Salahkah jika dia (Dr. Asri) cuba membawa sedikt perubahan. Jika tidak ada orang seperti ini ilmu akan mati dan manusia akan jumud dari segi pemikiranya. Khususnya orang melayu yang memang dah jumud dengan satu pendapat sahaja dan tidak boleh menerima pendapat orang lain dan dengan pantas akan menggelar orang tidak sependapat dengan mereka sebagai wahabi walapun dia tidak tahu apa itu wahabi walaupun belajar di Azhar!!! Hendak tunggu ulama-ulama dari Azhar pulang untuk membuat perubahan jauh panggang dari api dek kesibukan berpolitik, masyarakat perlukan ilmu bukan cerita politik.Bila graduan lain bersuara dianggap kontrovesi pulak. Sampai sekarang seingat saya belum ada yang balik dari Azhar betul menonjol dalam menyampiakan dakwah dan ilmu jika hendak dibandingkan dengan yang balik dari Jordan…siapa yang tidak kenal Ust. Zahazan.. Ust.Zaharudin…(sila baca pandangan beliau terhadap tangkapan Dr. Asri…di http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/ satu pandangan yang baik dan munsif)…

Pandangan saya untuk Saudara Nazrul..janganlah terlalu taasub dengan sesuatu perkara..bersederahanalah kerana itulah yang disarankan oleh Islam..tidakah saudara pernah mendengar ayat ini..وعسى ان تكرهوا شيء وهو خيرلكم وعسى ان تحبوا شيء وهو شرلكم saya juga ahli PMRM sewaktu di Mesir tetapi tidak terlalu taasub dengan apa yang di bawa oleh PMRM..apa yang baik kita ambil dan apa yang tidak elok kita ada otak untuk berfikir..saya ramai kenal ahli-ahli PMRM yang menentang kuat kerajaan akhirnya tewas dan karam apabila kembali ke tanah air dek keperluan hidup…kalau yang karam hanya awak-awak tidak menjadi bahan sinidrin,,tetapi yang karam dan tewas adalah kapten-kaptenya…!

اللهم وفقنا لما تحب وترضى

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم



هناك تعليق واحد:

  1. Saya tidak setuju dengan apa yg dikatakan TUAN BLOG. "Pelajar Lepasan Dari Al-Azhar Sibuk Berpolitik". Sebenarnya Saya tak nampak pun mereka (majoritinya)betul2 menonjol diperingkat perdana di dalam arena politik. Kalau ada pun di peringkat bahagian atau cawangan je itu pun tidak menyerlah kepimpinannya.Tidak berbaloi dengan semangat mereka ketika di Mesir dahulu.Setuju dengan kalam TUAN BLOG "Kepten2 PMRAM karam bila balik Malaysia" Bahkan jika saya berbual2 dengan rakan2 dari lepasan Universiti lain, Perkara ini akan jadi bahan gurauan mereka. Saya katakan SEBAHAGIAN BESAR, bukan semua. ada masa, kita sembang lagi

    ردحذف